Thursday 27 October 2011

Roller Blades!

hai kawan. aku happy hari ni. mana taknya. ayah aku belikan
aku roller blades!!! weeeheeee~~~ (padahal aku tak reti main pun)
lagi satu, ayah aku belikan broadband.... hehehehe.. dari dulu aku
mintak.. akhirnya dapat jugak. boleh la aku guna kat U nanti..
U aku bukannya takde wifi tapi faham2 la.... wifi nya KURANG
laju.. ehem ehemm...

roller blades murah je ni.. basic user laa katakan.. nanti dah pro
aku beli baru....




Tuesday 25 October 2011

Aku pijak ais!!

sape sangka akhirnya aku dapat jugak pijak ais. walaupun beralaskan
boots apa jadah tah nama dia, tapi aku happy gila! walaupun aku jatuh
berkali-kali macam nangka busuk, tapi aku tetap happy!! betapa 
happynya aku dapat main ice skating! lepas ni aku nak main lagi! hahaha
this upcoming thursday.. i'll come to see you darling~
hehehe.. ice skating lagi jom!! 



Tuesday 11 October 2011

suri rumah tanpa gaji

errrr.... suri sumah memang tak ada gaji kan?? setahu aku la. aku ni mana la
tahu pape pasal orang perempuan punya bisnes.. haiihhhhhh...

cakap pasal suri rumah tanpa gaji ni, aku la tu (salah seorang)
aku start semalam. baru je semalam. best jugak buat kerja2 rumah ni. aku
ingatkan buang masa, buang tenaga. rupa2nya tak..... puas gila bila aku da
settlekan semua kerja2 rumah. rasa seronok sangat tengok rumah bersih,
kemas, hasil kerja tangan sendiri. hehehehe.. lagi seronok bila tengok ibu
dengan ayah tersenyum masa balik dari kerja....

"tak sangka anak aku dah berubah" (agaknya la ni apa yang parents aku cakap
dalam hati....hehehehehe)


gambar hiasan


apa2 pun, esok aku continue lagi. nak buat third round pulak sebelum aku
keluar dari rumah ni. khamis, jumaat, sabtu, aku travel dengan kawan! wuhuuuu!!

bye!

Saturday 8 October 2011

tak jadi pulak dah...

apa kes pulak ni.. baru beberapa minit tadi aku dapat call
dari member aku. dah elok2 plan nak pergi KLCC esok
tak jadi pulak saat2 akhir ni..toyol betul........

penat tau tak aku dok prepare baju untuk esok. tak pe lah..
aku pergi book fair je la esok..... jimat sikit duit aku
dari dok keluar ke hulu ke hilir merempat kat KLCC tu..
hehehehehe

tapi kesian pulak member aku dok frust menonggeng sebab
dia yang plan. tapi nak buat camne kan..... da ramai sangat
tak jadi last minute.. =.=



Friday 7 October 2011

ikemen desu ne

hari tu masa nak dekat exam, boleh pulak aku pergi
join member bilik tengok citer jepun.. =.=''
adeyyy..

bosan punya pasal, aku join la tengok.. last2 jadi camni pulak..
stick to that drama.. IKEMEN DESU NE.

ikemen desu ne

actually citer ni adaptasi dari citer korea, HE'S BEAUTIFUL.

he's beautiful

tapi member aku kata, ikemen desu ne ni lagi best sebab citer
dia cepat sikit tak lembab macam he's beautiful. aku yang innocent
pasal korea ni pun senyum je la. (da tak tau pape baik aku diam)

citer ikemen desu ne ni aku tak habis tengok lagi sebenarnya.
tergendala sebab member aku tak habis download + citer ni
memang tak habis keluar lagi. takpe2.... aku akan tunggu sebab
aku tersuka pulak tengok citer ni. wahahaha! ;D


my girlfriend is a gumiho


aku baru je habis tengok cerita ni malam tadi..
boleh tahan best la. tapi  mesti lagi best kalau ending cerita
ni, Mi Ho (heroin) fully transform jadi manusia :)

lepas ni, aku nak habiskan tengok cerita Witch Yoo Hee pulak.
hehehe.. thanks la kat roommate aku yang tak habis2 suruh aku
tengok citer korea. aduhhh =.=

tapi aku tak kesah pun. at least aku ada la jugak benda nak buat
dekat rumah dalam masa sebulan setengah semester break ni.

exam habis!

syok ar exam habis. :)
minggu2 stay up akhirnya berlalu pergi :D
seronoknyaaaaa!!!

sekarang aku nak fikir apa pulak aku nak buat cuti sebulan lebih ni.
hehehe.. yang pasti, esok aku nak pergi KLCC!!